Hey korang :D

Assalamualaikum

Amacam cuti panjang semester ni ? Cuti sudah habis bro ! <—– tetibe

Pengalaman takkan dapat dirasai kalau tak dicari, begitu juga dengan penyakit, takkan datang kalau tak menggatai buat perkara bukan-bukan. Peoples always talk about “pengalaman merupakan satu perkara yang tak ternilai”. Oh, bagi sesetengah orang, mereka tak perlukan pengalaman untuk merasai sesuatu seperti mana kita tahu ‘money is everything’.

Yet, masih ada certain hal yang kita perlu cari dan bukan mudah kita nak dapat rasai apatah lagi boleh dapat dengan free. Pengalaman yang aku nak buat kalian semua jealous adalah pengalaman melakukan terjunan pada paras maximun 10 Meter di Kolam Renang UTM. Ekceli, kolam ni belum secara rasmi lagi dibuka kepada umum iaitu warga UTM dan belum dirasmikan lagi kerana menunggu Stadium UTM siap sepenuhnya. Hal ini supaya kedua-dua fasiliti sukan di UTM dapat dirasmikan secara serentak. Jimat kos ! :D

Jurulatih PALAPES Laut UTM dan sebahagian  senior aku.

Enaf sedikit sebanyak perihal Kolam Renang UTM.

Kembali kepada pengalaman terjunan pada paras maximum tadi. Pada awalnya kami semua warga pelatih dibawa untuk meninjau dari satu tingkat ke satu tingkat. Bermula dari 3 meter > 5 meter > 7 meter > 10 meter. Memang diluar jangkaan kami semua untuk terjun dari paras 10 meter. Perghhh ! tinggi siot ! Tujuan ke kolam renang pada hari tersebut pun untuk melakukan latihan rakit penyelamat. Jauh sekali untuk latihan terjunan. Oleh kerana seminggu sebelum tu kami semua dah ada pengalaman terjun pada ketinggian lebih kurang 3.5 meter di Hutan Rekreasi Gunung Belumut. Kami semua disuruh untuk terjun pada ketinggian 5 meter. 3 meter untuk budak-budak, tak payah ! Semua orang melakukannya.

Aku dengan terjunan 5 meter. Biasa-biasa aje :)

Selepas semua orang selesai melakukan terjunan 5 meter.  Jurulatih membuka peluang kepada siapa-siapa yang berani untuk terjun pada paras 7 meter. Pada awalnya, mereka yang dah lulus renang diwajibkan untuk terjun pada aras 7 meter ni. Aku menggagahkan semangat untuk turut sama mencuri pengalaman berharga ni walaupun aku belum lulus renang lagi. Xsited punyer pasal, aku gagal terjun dengan selamat. Aku punyer biji kote sakit giler !! Serik doh. grrrrr

Aku dengan terjunan pada ketinggian 7 meter berjaya tapi tetap gagal sebab tak tutup bahagian sulit. Sakit aku dapat.

Ramai jugak mereka-meraka yang belum lulus renang terjun pada aras 7 meter ni dan ramai juga yang cuba menyelamatkan diri. Untung gak aku ni rabun jauh, tak nampakk tinggi sangat. haha :D . Alang-alang menyelut pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Bagai tidak mahu membiarkan platform 10 meter tu kering. Semua sekali kami pelatih dipaksa jua untuk terjun pada ketinggian 10 meter. Memang cuak habis, aku dah laa serik. Tapi nak tak kena gak ‘melaksanakan tugas dengan jujur dan ikhlas-Ikrar Kesatria ke-4′ :)

Aku serik ! aku selamatkan biji kote terlebih dahulu ! Well Done ! :)

Amacam bro ?

Jeles ke tidak ?

Aku sebagai warga UTM turut merasa bangga dengan fasiliti sukan terbaru ni. Warga PALAPES Laut UTM merupakan kelompok kedua yang merasmikan Kolam Renang UTM selepas budak MASUM UTM. Proud to be UTMian. :D

Dengan adanya fasiliti ni, aku harap aku akan berjaya memiliki sijil lulus renang TLDM secepatnya. Amin.

Aku punya Physical Training Instructor, PTI selaku jurulatih jasmani dan renang.  Cam Dolphin jer aku tgk !

Kisah Pentauliahan Senior aku boleh baca SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

8 Responses to Terjunan Pada Paras 10 Meter di Kolam Renang UTM

  1. BendangFrog says:

    Banyak la ko cite…. memang betul juga pengalaman yang berharga. Ini merupakan pertama kali ko terjun dan lepas sekali mesti nak lagi. Aku ingat lagi kali pertama terjun kolam pada ketinggian 7 m. Baru 7 m, tak tinggi mana pun tapi kerana kali pertama memang lembik lutut. Nak tengok bawah pun tak berani, memang kecut beb. Tapi memandangkan orang kat bawah besorak macam tengok EPL, terpaksa tutup mata terjun. Aku, Pji ngan Farid lalui pengalaman pertama. Kat kolam UTM pada ketinggian 7 m tidak kecut dah kerana bukan kali pertama lagi. Apabila PTI suh terjun 10 m, perasaan kecut, datang balik. Mata tak rabun, pemandangan 4 tingkat cukup clear, nak tak nak kena terjun sebelum kena tendang ngan PTI. So, hasilnya terjun la juga walaupun kurang perfect, senak juga pasal kaki tak rapat. sekian dari BendangFrog.

  2. BendangFrog says:

    ah.. lupa. pada ketinggian 10 m, ko ttup adik ko tapi kaki tak rapat… tu yang senak. berdasarkan gambar kat atas la bro.

  3. aizat says:

    waaahhh best tu! hehe

  4. iela says:

    wah…scarynya tgk !
    kecut hati,wuwuw

  5. shafiq says:

    seyes… sakit~~~~
    hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge