Syafiq Salim

Work In Progress

Syafiq Salim

“As long as you stay close to God, your job, the person you marry, where you live, what you do, will all work out perfectly. Don’t worry” – unknown

All Rights Reserved : 2010-2020

  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Protected
  • Categories
    • Personal
    • Shit Sunday
    • Talk Tuesday
    • Wordless Wednesday

Talk Tuesday – Terpaling Sayang

05/01/2021 by syafiqsalim Leave a Comment

Allah berfirman dalam Surat An-Nisa Ayat 114, “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan siapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.”

Diwaktu ini Johor mengalami banjir besar di beberapa daerah. Tidak terkecuali negeri-negeri di pantai timur.

Hari ini kami ambil keputusan untuk sedekah hampir 100% pakaian yang tidak lagi digunakan untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir ini.

Tetapi ada pakaian terpaling sayang iaitu pakaian anak pertama. Bukan sebab mahal (murah semuanya) bukan juga sebab masih sempurna tetapi ada 3 sebab kenapa terpaling sayang.

  1. Iaitu pakaian anak pertama lelaki kami, mungkin akan rezeki ada lagi anak lelaki di masa akan datang.
  2. Saya ada adik yang baru kahwin belum ada anak, boleh diberi kepada anak saudara saya nanti.
  3. Isteri saya ada adik yang baru kahwin dan belum ada anak lelaki, boleh diberi kepada anak saudaranya nanti.

Allah menggambarkan kesempurnaan amalan apabila bersedekah sesuatu yang kita sayangi dalam Surat Ali-Imran Ayat 92, “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa juga yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.“

Walaupun cuba berlapang dada, tetap kami tak mampu untuk beri semua pakaian tersebut, kami simpan beberapa helai daripadanya. Tshirt favourite zaman kurus, baju kurung favourite zaman kurus dan juga baju melayu anak lelaki kami.

Semoga sumbangan kecil ini mendapat keredhaan Allah dan meningkatkan keimanan kami. Amin.

Filed Under: Personal, Talk Tuesday

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *