
Siapa saja yang tidak pernah dengar dengan potongan hadis sahih ini. Ya, potongan hadis ini selalu digunakan atau disampaikan oleh orang atasan untuk meningkatkan produktiviti, semangat atau keikhlasan bekerja kepada orang bawahannya.
Mudahnya…
Namun secara realitinya tidak sebegitu, terlalu banyak sesuatu yang bunyinya seperti ‘penambahbaikan’ tetapi hakikatnya lebih kepada menyulitkan orang bawahannya mahupun orang yang lain yang digelar ‘stakeholder’.
Sekiranya sesuatu itu hanya amalan organisasi ataupun arahan adalah tidak perlu untuk kekal rigid, maka pilihlah jalan tengah yang mana kita teruskan sesuatu itu berdasarkan apa yang ‘stakeholder’ itu mahukan selagi mana ianya mengikut peraturan. Jika kita mahu kekal rigid dalam amalan atau arahan kita, maka BE CONSISTENT.
Jika kita tidak konsisten, kita bukan sahaja mempermainkan orang bawahan kita tapi juga ‘stakeholder’.
Leave a Reply