Syafiq Salim

Work In Progress

Syafiq Salim

“As long as you stay close to God, your job, the person you marry, where you live, what you do, will all work out perfectly. Don’t worry” – unknown

All Rights Reserved : 2010-2020

  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Protected
  • Categories
    • Personal
    • Shit Sunday
    • Talk Tuesday
    • Wordless Wednesday

Saya Sepanjang 2018

31/12/2018 by syafiqsalim Leave a Comment

Dahulu berganti bulan itu sangat lambat masa berjalan.
Sekarang berganti tahun itu umpama hari ini tidur pada tahun 2018, esok bangun dah 2019. Kalau ikut hakikat sebenar, tidur pada 31 Dis 2018, bangun esok sudah semestinya 1 Jan 2019. Hehe.

Jadi, apa yang anda rindukan, apa yang anda hilang, apa yang anda dapat sepanjang tahun 2018 ini ? Saya tanya 3 persoalan tersebut pada diri saya, saya boleh simpulkan ianya semuanya tentang MASA.

Apa yang saya rindukan ? MASA
Apa yang saya hilang ? MASA
Apa yang saya dapat ? MASA.

Rindu
Saya rindukan masa lapang untuk bersenam, joging, e-games.
Saya rindukan masa lapang untuk berhenti berfikir perkara bukan-bukan.
Saya rindukan masa lapang untuk melakukan aktiviti yang bukan rutin.
Saya rindukan masa lapang untuk berbuat kerja sukarela.

Hilang
Saya hilang masa untuk bersama Tuhan.
Saya hilang masa untuk mencari Tuhan.
Saya hilang masa untuk bersama saudara.
Saya hilang masa untuk mencari saudara.

Dapat
Saya dapat masa berkualiti bersama keluarga.

Saya rindu banyak, saya hilang pun banyak, tapi apa yang saya dapat hanya satu iaitu masa berkualiti bersama keluarga. Realiti kehidupan berkeluarga & berkerjaya bukanlah satu perkara yang kecil dalam kehidupan. Keduanya adalah keperluan hidup seseorang.

Secaranya asasnya, kita akan dapat apa yang kita mahukan tapi kita perlu korbankan sesuatu yang pasti kita rinduinya. Tapi walau sejauh manapun impian kita untuk dapat sesuatu itu jangan sampai kita hilang tujuan hidup di dunia ini. Saudara datang dan pergi tapi Tuhan tidak pernah datang dan pergi. Tuhan sentiasa ada.

Besar dan Tamak resolusi 2019 saya.
Dengan harapan apa yang saya rindukan saya dapat, apa yang saya hilang saya dapat dan apa saya dapat nikmati hari ini akan terus berkekalan.

First Vacation, Melaka
Dataran Helang, Langkawi
Lost World Tambun, Perak
Kuala Lumpur – Putajaya – Kajang, Selangor
Cameron Highland, Pahang
Somewhere in J.

Sepanjang 2018 hanya 2 negeri di semenanjung yang tidak saya jejaki iaitu Perlis dan Kelantan. Saya tidak suka bercuti sebab membazir duit tapi saya akan cuba cari satu tujuan lain untuk ke sesuatu tempat itu. Dan apabila saya ke sana atas tujuan tersebut maka saya akan claim saya tidak membazir dan tidak suka bercuti. hehe.

Filed Under: Personal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *