Assalamualaikum…
Lama tak berblogging walaupun hakikatnya baru 3 hari. Agak sibuk mempromote contest pertama bersama rakan blogger iaitu blogger muda yang ingin berjaya dan tidak menganggap usia bukan penghalang baginya. Tahun ni dia akan menduduki peperiksaan SPM, all the best to him. siapakah dia ? Mamat dengan blognya Cerita Mamat. Kepada yang berminat nak join contest dari kami, dipersilakan dengan tangan terbuka. Here.
Di entri kali ini, bukan pasal Mamat dengan cerita-ceritanya ataupun contest yang aku ingin coretkan tapi sekadar menayangkan gambar-gambar yang takder kualiti sepanjang aku merempit bersama kengkawan dari UTM Skudai ke Melaka dan patah balik ke UTM Skudai dalam tempoh 24 jam lebih. Agak keje giler laa, tapi biasalahkan orang muda, daripada duduk melepak kat kaki lima sambil smoking, apa salahnya menjelajah bumi tuhan ni. (padahal wasting gak) hihi
p/s-semua gambar di bawah disnap menggunakan Sony Ericsson C510 . 3.2 Megapixel
Pada awalnya kiteorang hanya nak berkonvoi ke Gunung Ledang. Bukan dekat meh UTM Skudai dengan Gunung Ledang dan aku tak pasti berapa jam diperlukan. Kiteorang bergerak sebelum subuh yang aku sendiri tak ingat berapa haribulan coz dah setahun lebih berlalu. Time tu kiteorang pelajar-pelajar fakulti mekanikal dalam semester pendek. Kiteorang just masuk lab dan buat report. Thats look like cam cari pengalaman handle mesin dan seumpanya. Memang heaven giler. Malam main futsal jer memanjang tak pun layan movie or drama korea. Konvoi ni berkekuatan lebih daripada 20 orang dan kalau tak silap aku 23 orang dengan berbelas jentera motosikal perbagai jenis. Aku dengan Yamaha 135 LC.
Perjalanan yang sangat mengujakan, mana tidaknya meter 135 LC aku tu maksimum 160 km/j. Sampai tak cukup meter aku pecut, bukan kemahuanku untuk merempit tapi dah kengkawan pecut, layankan aje. haha. Kiteorang sampai di kaki Gunung Ledang pada pukul 9.30 pagi. Btaw, kiteorang bukan nak panjat itu gunung tapi just nak mandi manda. Apa jadah nak cari kat atas puncak sana, buat penat jer.LOL
Konvoi ni pun tak plan dari awal, just on time jalan terus. Hari yang kiteorang konvoi tu merupakan hari sabtu hujung minggu yang merupakan hari pertama cuti pertengahan tahun budak-budak sekolah. Mandi manda dalam setengah jam okeyh lagi. Lepas tu, dah macam ada jom heboh kat situ. Giler crowded ! Nak mandi dah tak senang apatah lagi nak buat projek…grrrr. Sempat gak laa kengkawan aku layan rokok 2, 3 batang plus megi kari 4 bungkus. Aku layan megi jer, rokok tolak tepi.
Dalam pukul 11 lebih kiteorang keluar dari Gunung Ledang untuk membersihkan diri di surau berdekatan. Siesly tak berbaloi time tuh. Dah laa jauh, tempat mandi pun tak syok ! Takder langsung tempat nak wat aksi terjunan. Adalah kawan aku sorang ni buat idea giler untuk teruskan perjalanan ke Melaka. Aku yang jenis ikut orang ni, layan jela. Memang unexpected konvoi to Melaka. Btaw, time tuh, Melaka nak jadi tuan rumah SUKMA, kiranya SUKMA tu berlangsung time cuti sekolah. So, kat bandar Melaka time tuh agak ramai pelancong. Serik dowh !
p/s-gambar mandi manda kat Gunung Ledang, tak der ! 18sx.
Sampai jer melaka terus cari tempat nak melahap. Mana tidaknya, main air pastu makan megi 4 bungkus untuk di share dengan 23 orang. Entah berapa urat megi sorang dapat, memang lapar habis ! Kiteorang lepak makan dekat Mac Donalds Dataran Pahlawan Melaka. Kat Mac Donalds ni lah first time aku cuba Sundae Chocolate. Tahu idak apa itu Sundae Chocolate ? Alaa, yang macam aiskrim tu, kalau tak tahu gak tekan sini. Sedap woo, sesedap harganya. ekeke.
Eh, chop ! First things sampai Melaka kiteorang tidur kat masjid apa tah. Kepenatan. Lepas tu baru kiteorang gerak cari makanan dan jejalan sekitar bandaraya Melaka. Kiteorang solat Zuhur dan jamak sekali dengan Asar kat masjid ni.
Dalam pukul 3 petang kiteorang jejalan sekitar Dataran Pahlawan. Aku tak pasti tempat apa yang aku lawati, tapi seingat aku, aku jumpe kereta lembu, kereta api tak bergerak, bengunan serba merah. Berdekatan dengan kereta api tak bergerak tu, ada event apa tah. Ramai giler orang, apa jadah tah manusia zaman sekarang ni, kat tempat crowded camtulah dier p tuju ramai-ramai. Padahal orang nak tunjuk menda-menda ngarut sikit jer. Kan kena celup saku or di ambil kesempatan baru nak salahkan orang yang buat salah. Padahal diri sendiri p tempat yang terdedah dengan bahaya. Sengal !
Again aku tak ingat nama tempat ni, yang pasti dier atas bukit. Berpeluh ketiak panjat bukit ni. Dah laa tengahari di bandar Melaka yang terkenal dengan kepanasan melampaunya. Kat atas ni tak silap aku ada ruangan untuk orang-orang bodoh campak duit, ada ukiran di bongkah batu dan sebagainya yang sememangnya membosankan ! grrr. Btaw, aku yang berkasut sukan putih tu. Aku kureng dengan kasut bergaya kalau keluar buang masa di kotaraya, susah nanti kalau nak kejar penjenayah dan gangster yang datang tanpa diduga. hehe.
Lepas snap 2,3 keping gambar kat atas bukit yang membosankan tu, kiteorang pun gerak turun menuju terus ke pintu Kota A Famosa. Gambar atas ni nampak Kota A Famosa yang dikatakan sangat menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara tapi aku tengok entah apa-apa je. Well, it is historical monumen. So terima jela kebosanan melihat Kota A Famosa.
Walaupun bosan, aku sempat gak memposingkan diri untuk beberapa keping gambar sekadar bukti aku telah sampai di Kota A Famosa yang sangat bosan ini ! Semua orang memang penat habis time nih jejalan, pakat ramai-ramai duduk sikit sorang dekat meriam. Dalam 15 minit gak laa lepak sini kasi cool down badan. Abaikan raut senyuman di wajah aku, aku bukan fotogenik seperti abangku Aaron Aziz.
Ni kekawan aku yang layan konvoi giler nih. haha. Ada yang takder dalam gambar ni, pergi cari rokok barangkali. Tengok gaya badan tahu, penat !
Lebih kurang nak maghrib camtu, kiteorang pun beransur keluar dari bandar Melaka. Aku masih ingat, tengah merempit on the way nak keluar bandar Melaka tu lah azan maghrib berkumandang.
Allahu Akbar Allahu Akbar…
Pada malamnya banyak lagi kisah giler yang berlaku, aku just pendekkan. Penat dah nih, nak buat part 2 cam bosan jer cakap pasal benda nih lagi.ekeke. Malamnya nak cari tempat makan pun susah sampai habis pekan Tangkak duk pusing pada jam 1 pagi. Sampai nak ke Muar cari makanan yang awesome, padahal nak alas perut jer pun. Kesudahan makan jer kat warung biasa.
Lepas makan terus sambung perjalanan balik. Cabaran datang lagi, salah sorang motosikal kawan aku kebocoran tiub. Nasib baik bocor dekat R&R. Syukur ada orang jual tiub, memang dasar lelaki tak pernah menyusahkan orang lain apatah lagi perempuan, tukarlah tiub itu sendiri. Pada masa yang sama, salah sorang motosikal kawan aku terputus cabel clucth. Syukur sekali lagi, putus masa motosikal baru nak bergerak, kalau buatnya tengah laju-laju main clucth then putus memang kecelakaan laa jawabnya. Kena tunda motosikal yang putus clutch tu coz tiada alat ganti kedai dekat situ, nasib baik tak jauh.
Perjalanan diteruskan dan kiteorang sampai di UTM Skudai dengan selamat pada subuh selepas lebih 24 jam keluar dari UTM.
Last but no least, aku yang berposing entah hape-hape berbackgroundkan kapal dagang yang didagang RM3 sekepala (kalau tak silap aku) untuk masuk ke dalamnya. Kiteorang tak masuk, dah tahu bosan ! kahkahkah ! Kiteorang just wusyar awek-awek dan minah salleh yang sibuk nak beli tiket masuk. Kiteorang lepak dekat lorong nak masuk beli tiket. Memang dasar menyusahkan orang nak lalu. Tu haa, kawan aku si cherm yang memakai beg silang bahu tu menutup lorong ke tempat beli tiket.
Dan yang perkara paling bonghok sekali aku tak leyh lupakan masa dalam perjalanan keluar dari Melaka ke Tangkak. Ada sekali tu berhenti dekat mana tah, then ternampak signboard ke Kuala Lumpur tak sampai 200 KM manakala ke Johor Bahru dalam 300 KM lebih. Ada kawan aku sorang bersuara, “jom ke Kuala Lumpur, lagi dekat dari Johor Bahru”. Buatnya kiteorang pergi Kuala Lumpur malam tu, memang keje giler laa nak patah balik turun ke Johor Bahru.
Well…. itulah pengalaman berkonvoi + merempit aku.
Sekian
Nak join contest, klik HERE bebeh…

laaa dtang melaka..asal tak cakap..boleh kita jumpa//
mamat recently posted..Business Kad Ceritamamat.com
time ni mana kenal lagi ko wehh…
setahun yg lalu.. blog ni pun blum lagi syafiqsalim.com…haha
Syafiq Salim recently posted..Contest Aidilfitri | Hosting, Domain, Duit Raya
aik?panjang pun ader gak..hehe:P
aikkk..panjang’s pun ader gak.hehe:P
dah satu kos, ade laaa mamat tu…haha
melaka mmg best ! org kat sana pun ramah-ramah
riya recently posted..4TH DAY BERPUASA .
best ea melaka ? dieorang mungkin ramah tpi bahasa dieorng agak kasar…
sory org melaka…
Syafiq Salim recently posted..Contest Aidilfitri | Hosting, Domain, Duit Raya
atas bukit tu ada signboard tu je ke?nasib baik aku tak naik aritu..haha..agak penat la kalau naik motor jalan jauh..naik kereta pun dah tau
aizuddin recently posted..Man u Menang Community Shield
bila tgk
“aizuddin recently posted..Man u Menang Community Shield”
trus jdi malas nk reply komen ko…haha…
Syafiq Salim recently posted..Konvoi Rempit UTM-Melaka-UTM