Hello world !
Tetiba teringat tajuk entri auto selepas install wordpress. Hehe
KL Gangster, siapa tak pernah tengok filem ni ? Loser giler.
Aku bukanlah golongan yang terdidik untuk menilai kualiti sesebuah filem itu apatah lagi untuk menjudge secara over sesebuah filem itu. Tapi aku tetap mewakili 90% orang yang tidak terdidik dengan ilmu perfileman yang turut sama menonton filem. Meant that, to all producers plisss dun just make a film for kepuasan diri tapi beri apa yang 90% golongan biasa ini mahukan and yet you will get your kepuasan a.k.a money.

Filem KL Gangster memang tak dapat aku nafikan filem ni best, jalan cerita pun best pada aku coz ia berkaitan dengan hubungan kekeluargaan. Family first, satu-satunya nilai pengajaran yang aku nampak dalam KL Gangster melalui watak Malek. Secara overallnya filem ni tak der pengajaran pada pandangan akulah. Kalau korang tak setuju jangan hentam aku pulak. Bila aku cakap overall maknanya watak yang diperhatikan ialah Malek selaku penggerak kepada filem KL Gangster.
keluar penjara > nak jadi budak baik > balas dendam > masuk penjara
Omaigod ! mana pengajarannya yang kita perolehi melalui watak.
Dalam masa lebih kurang 10hari, sudah 3 kali aku tengok filem ni. Sekali di UTHM, sekali di UTM dan sekali lagi di rumah aku. Adakah filem super box-office ni akan disekuel sepertimana filem-filem box-office lain. Tapi persoalannya, bagaimanakah garapan yang pangarahnya iaitu Syamsul Yusof ingin ketengahkan dalam filem KL Gangster 2 nanti. Kalau diikutkan filem KL Gangster bukanlah sebuah filem tergantung.
Baru-baru ini aku ada terbaca di fan page Syamsul Yusof. Filem ini sememangnya akan di sekuelkan tapi dalam status beliau bukan sekuel yang dimaksudnya tapi “prekuel” kalau tak silap aku laa. Aku try laa google, menatang apa pre-sekuel ni, tapi tak jumpa. Sadis !
Seperti aku cakap sebelum ni, filem KL Gangster bukannya sebuah karya tergantung dan macam mana pengarahnya ingin sekuelkan filem ini. Orang filem memang hebat, tapi walau sehebat manapun ada je filem yang merugikan. “Prekuel” yang Syamsul Yusof maksudkan barangkali filem ini akan diundur kembali ke masa lampau (aku lupa tatabahasa yang sesuai bagi menggambarkan penceritaan masa lampau / imbas kembali
).
Memang terdapat di dada akhbar arus perdana serta blogosphere. Syamsul Yusof ada mengalukan Rosyam Nor untuk KL Gangster 2 nanti. Watak baru ofkos. Rosyam Nor sebagai taiko baru yang ‘Pegang KL’ ? Musuhnya siapa Malek/Aaron Aziz bersama dengan Dragon yang keluar penjara ? Lepas tu masuk penjara balik, memang sial laa, puih kalau camni rupa filem KL Gangster 2. Abang Long Fadil dan mati, Taiko King pun dah mati, Shark sure dah mati. Filem KL Gangster sememangnya sebuah filem yang tak tergantung.

Berbalik kepada prekuel tadi, pada awalnya filem ini dimulakan dengan Malek keluar penjara.
“amacam cuti panjang, best ? – cuti sudah habis bro” hehe
Persoalan dan mungkin ini pre-sekuel yang dimaksudkan :
1 – First time tengok filem ni, aku ingat akan ada part hitam putih ulang tayang kenapa si abang aku Aaron Aziz ni boleh meringkuk dalam penjara. Ya, memang sebab Malek telah disabotaj oleh Shark tapi kenapa dan bagaimana ? sebab Shark nak pegang KL, sebab Shark apa benci sangat dengan Malek, apa salah Malek, kenapa ?
2 – Kenapa Shrak tu kejam sangat sial ? sampai sanggup bunuh bapa tiri. Memang Shark ada mengambarkan konflik antara ibunya dengan bapa tirinya tapi tidak ditonjolkan secara langsung, just nak bagitahu Shark bunuh King sebab ada konflik antara King dengan maknya. Tapi apa konfliknya ?
3 – Filem ni memang ada nilai murni kekeluargaan tapi yang paling aku tak faham kenapa si Jai tu mata duitan sangat ? dia bukanlah kaki perempuan sangat seperti yang digambarkan dalam filem. Sampai abang sendiri pun dia nak langgar. Nak tolong mak dier, taknak kasi mak dier jual kerepek lagi. Sampai anak buahnya sendiri pun dia sanggup biarkan dieorang lari sebab nakkan duit. Tertanya-tanya kenapa.
Walaupun Shark dah mati, tapi 3 watak utama dalam KL Gangster tetap menjadi persoalan dari segi perwatakan kenapa mereka memiliki perwatakan sedemikian rupa. Aku harap dalam KL Gangster 2 nanti watak Jai akan disegarkan dengan sesuatu yang menyerlah bukan semata-mata Jai=mata duitan. Jai belum mati, harus diingat semasa penutup filem ini suara belakang iaitu suara Malek menyatakan hanya Kumpulan Dragon dan Malek sendiri jer yang masuk penjara. Jai tidak dimaksudkan.

Adakah Jai berubah menjadi budak baik ? Atau kekal Jai KL Gangster ? Siapa Rosyam Nor ? Mungkinkah Abang Long Fadil ada kembar seiras atau Johan pulak muncul ? Adik perempuan Malek apa cite ? Shark lakonan Syamsul Yusof dah mati, camne Syamsul Yusof nak berlakon ?
Nantikan KL Gangster 2.
Tetiba aku rasa aku ni dah macam wartawan hiburan. Utusan Melasial sila ambil sy bekerja. LOL
Semua dia atas adalah pandangan peribadi aku melalui tontonan aku dalam filem KL Gangster serta pembacaan di media cetak serta media elektronik. Aku memberi pendapat sebab aku suka filem ni walaupun dah 3 kali tengok, so banyaklah yang boleh aku karangkan sebagai hobi di masa lapang. Nak komen, komenlah dengan berhemah.

abg long fadil tk mati lha, kl gangster 2 abg long fadil dh naik, dh jadi ayahnda, Ehh sial lah pui !
LOL… dah terang2 kot dia mati…
btaw, mmg abg long dier blom mati… dier jer yg mati…hahaha
Cerita lu mmg mantap bro !! esok jugak KL ni lu boleh pegang !
rapid fire ?? nasib baik bkan mediafire…haha
bole da ganti syamsul jadi pengarah. jadi pelakon pon bole~
pengarah taknak, pelakon pun taknak…
gua nak jdi produser, baru dpt untung maa…
wakakka shark bole jadi ape2 loo , rambut palsu kan byk . . taruk parut sikit kat muka dah lain da rupa . .
btul2….
mesti dier adenyer dlam kl gangster 2…
tunggu jerk watak dier nnti…
yang pasti tak sesuai untuk ditonton oleh budak2..
banyak soalan yang ditanya..yang pasti adakalanya tercari2 jawapan yang sesuai..
http://aizamia3.blogspot.com/2011/07/dialog-kl-gangster.html
aah, mak aku cikgu…
mak aku pun naik marah bila anak muridnya duk asyik berbahasakan ‘gua, lu’…
eh sial laa…haha
prekuel tu flashback ataupun episod yg mnjadi permulaan sesebuah cerita.. dlm Kl Gangster 2 akan mmbongkar segala tanda tanya ttg sape malek n karektor2 yg wujud dlm filem yg 1st..isu2 n tanda tanya yg timbul dlm KL Gangster 1 akan terjawab dlm prekuel ni nnti..kita tunggu n lihat..msti lbih menarik ; )
hebat naco !!
naco ni bakal penolong pengarah kl gangster 2 ke ?? hik3x…
nasib ada zizan. baru nampak hidup sket cerita nih..
sikit jela…. cite tu mmg dah mantap bro…
wah…panjang lebar ulasan…
papepun citer ni memang best tapi macam cerita dia ada yang tak jelas sangat
bukan tak jelas tpi save budjet…haha
lgpun, kalau jelas sgt tak pulak yg nk komen..hahaha
btol gak tuh…entah2 saje je wt tak jelas..klu yang ni dpt byk untng, boleh buat prequel punya…
.fahmi. recently posted..The Faceblog
tahupun… biasalah tu, nama pun industri perfileman… kalau tak, takkan berindustri laa…
komen takder point…:)
pertama kali tgk citer melayu dekat cinema, overall semua mcm same je.huhu
aizat recently posted..wordless wednesday #2
sama ? memang laa sama, sebab aku belum berlakon lagi, kalau aku berlakon sure laa berbeza, muka aku kan gojes… muahaha
aku comment skit..aku bkn la power sgt tp aku kenal dgn juru kamera skop production..
aku citer skit ttg prequel kl gangter..xde dua taw..syamsul akan letak PREQUEL KL GANGTER..aku bg skit maksud prequel:
prequel mean : A prequel is a work that supplements a previously completed one, and has an earlier time setting. The widely recognized term was a 20th-century neologism, and a portmanteau from pre- (Latin for “before”) and sequel (a supplementing work with a setting later than its predecessor’s, from the Latin sequella, thing that follows). The prequel forms part of the “back-story”.
citer dia ttg ayah MALIK dulu seorng pekerja biasa yg hidup normal..tetapi ayah MALIK memiliki hati yg keras tidak takut pada mati dan mempunyai ilmu pertahanan diri..selepas ayah MALIK meninggal dunia disebbkan penyakit..keluarga MALIK hidup lg susah..MALIK seorg yg baik…tetapi disbbkan kwn baik dia,MALIK telah berubah,KING mengajak menubuhkan satu kumpulan kongsi gelap(TAIKO KL)..untuk menjaga kawasan yg mereka ada untuk semua org tanpa dirompak oleh org lain,maksud aku dorang meminta duit bayaran bulan2 untuk menjaga customer itu..
selepas mereka menubuhkan kumpulan kongsi gelap meraka bersama KING,muncul kompulan kongsi gelap yg xtakut dgn KING,iaitu DRAGON..konflik antara DRAGON dan KING muncul dgn bertarung tempat..KING pempunyai banyak gadis,tp dia ada seorg gadis yg cantik untuk dijdikan isteri,selepas isterinya meninggal..tetapi KING telah salah,sbb dia terlanjur dgn gadis yg ingin dijadikan isteri sehingga mengandung,lalu dia berkahwin dan lahir la anak tiri KING yg bernama SHARK..semasa KING sibuk berkerja dgn MALIK,isteri kedua KING telah berfoya2 dgn lelaki lain,sehingga KING nampak dgn mata dia sendiri..KING menyuruh MALIK membunuh isterinya kerana isterinya curang padanya..semasa MALIK membunuh isteri KING,SHARK telah nampak apa yg terjadi..di situ SHARK ingin membalas dendam pada MALIK apabila umurnya cukup dewasa..SHARK berbaik2 dgn MALIK,sehingga MALIK memberitahu KING bahawa memasukan anak tirinya dlm kumpulan kongsi gelap mereka…pada masa tu,JAI dan ZATI marah pada abangnya kerana abgnya berkerja tidak pernah balik umah dan hanya memberi duit saja pada ibunya..malik tidak pernah memberi duit pada JAI dan ZATI..kumpulan KING berkuasa di KL kerana mempunyai dua org kuat iaitu AJIB dan MALIK..tanpa diduga KING dan DRAGON berkwn baik..DRAGON menjadi sahabat bersama kumpulna KING..sehingga semua kongsi gelap lain takut pada KING dan DRAGON..
tu sbb MALIK ckp DRAGON gua punya taichi..hehehe..skrg kumpulan KING ada 2 group besar itu LEADER MALIK dan LEADER SHARK..ttp MALIK hanya berkerja dgn KING,sedangkan SHARK berkerja dgn ayah tirinya..maksud aku SHARK lagi banyak wang drpd MALIK..banyak budak2 yg berkerja dgn KING ikut pada arahan SHARK,untuk langgar kongsi gelap yg lain,kerana kongsi gelap itu LANGSI MA..sedangkan pada masa tu SHARK telah memberitahu polis..dan MALIK ditangkap atas memukul org sehingga parah..keluarga MALIK dpt tahu yg MALIK dipenjarakan…lalu kumpulan2 kongsi gelap yg MALIK telah langgar dtg ke rumah MALIK membuat kacau..bila MALIK tiada ibu MALIK dipukul dan ZETI diperkosa..muncul ada si JAI memukul balik…lalu JAI berjanji ingin menjadi TAIKO seperti abg dia dan ingin mendapatkan wang..JAI berkerja dgn DRAGON semasa abg dia di dlm penjara… ^_^ begitu la cerita yg aku dpt daripada skop production..sekian..
speechless… thanks bro….
Syafiq Salim recently posted..Contest Aidilfitri | Hosting, Domain, Duit Raya
Ok. Dah tak payah tengok KL Gangster 2.
Adam Roslan recently posted..(Gambar) Ford Focus Dapat Sentuhan Seni Pelukis Jalanan di UK
aku rasa ade tergantong sikit la ending dia bro. zizan tu mati or hidup lagi?
Nyck recently posted..Awek cantik & cute bogel beramai – ramai