Syafiq Salim

Work In Progress

Syafiq Salim

“As long as you stay close to God, your job, the person you marry, where you live, what you do, will all work out perfectly. Don’t worry” – unknown

All Rights Reserved : 2010-2020

  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Protected
  • Categories
    • Personal
    • Shit Sunday
    • Talk Tuesday
    • Wordless Wednesday

Kisah Sedih Di Petang Syawal

25/06/2018 by syafiqsalim Leave a Comment

p/s : tatabahasa dan segala jenis hukum penulisan akan dibetulkan bila lapang.

Elina merupakan seorang ibu yang baru melahirkan seorang bayi lelaki. Suaminya Azlan merupakan seorang pengurus besar di salah sebuah anak syarikat besar di Malaysia. Azlan memberi nama anak lelakinya Adli yang membawa maksud keadilan dan nama tersebut diterima baik oleh isterinya.

Semuanya bermula indah kerana masjid yang mereka bina atas dasar percaya terhadap pasangan masing-masing dengan menerima segala peribadi baik buruk pasangan. Setahun selepas kali pertama bertemu, mereka mengikat tali pertunangan dan 3 bulan selepas itu mereka diijabkabul oleh Imam Ismail yang merupakan seorang Imam yang sangat dihormati di kampung Elina. Hari bersejarah tersebut jatuh pada 16 September 2017 iaitu bersamaan Hari Malaysia. Qada’ dan Qadar ilahi, Elina disahkan bunting pelamin. Suaminya sangat teruja dan bersyukur menerima perkhabaran tersebut.

9 bulan berlalu, Adli dilahirkan pada tanggal 11 Jun 2018. Seorang bayi yang suci dan bebas dari dosa. Yang masih belum tahu apa perbezaan football dan soccer.

Oleh kerana, Elina masih lagi dalam tempoh berpantang. Syawal pertama mereka sebagai suami isteri akan disambut di kampung Elina. Persiapan syawal pertama mereka ala kadar kerana hari raya pertama adalah bersamaan hari kelima Adli dilahirkan dan ianya merupakan tempoh kritikal mereka sekeluarga untuk melalui rutin baru bersama seorang cahaya mata. Takbir syawal dan bunyi mercun saling bergema pada sebelah malam sebelum meraikan syawal yang akan tiba keesokkannya.

Pada pagi syawal tersebut, Azlan telah menyiapkan masakan khas untuk isterinya yang berpantang sebelum bergerak ke masjid untuk takbir raya dan solat sunat aidilfitri. Selepas Azlan dan keluarga mertuanya pulang dari masjid, mereka semua meraikan syawal dengan rutin kebiasaan iaitu menjamu juadah ringan seterusnya saling bermaafan antara satu sama lain.

Saudara dan tetamu yang datang silih berganti, dan kali ini kehadiran mereka lebih ramai mungkin disebabkan ingin menziarahi Elina yang tengah berpantang anak sulung. Selepas zuhur kawan baik Elina bernama Arifah datang menziarahinya. Arifah telah 3 tahun mendirikan rumah tangga tapi belum mempunyai cahaya mata. Arifah datang berseorangan, dan dia memaklumkan suaminya terpaksa on duty pada hari pertama dan kedua syawal. Suami arifah merupakan antara salah seorang dari ratus ribu rakyat Malaysia yang mencari rezeki di bumi Singapura.

Selepas mereka berdua berborak mengenai pengalaman Elina bersalin. Arifah membuka cerita mengenai hal rumahtangganya bersama suami yang menjadi punca kenapa Arifah belum bersedia menerima cahaya mata. Arifah sedih dan kecewa melihat suami yang berubah selepas kahwin. Suaminya yang dikenali sebelum kahwin kini berubah daripada tidak merokok kepada perokok tegar, daripada seorang yang sentiasa ada bersama semasa bercinta kini jarang bersantai di rumah dan lebih memilih melepak dengan kawan sehingga awal pagi. Selain itu, suaminya itu juga berubah dari seorang yang sopan bila berbicara kini menjadi panas baran dengan hal-hal remeh.

3 perkara perubahan tersebut telah membuatkan keluarga Arifah tidak lagi menjadi sebuah institusi keluarga yang Sakinah Mawaddah Warahmah. Suaminya bersikap hambar dengannya bila berbicara soal anak dan hala tuju keluarga mereka. Dari selepas zuhur hingga ke azan asar bicara mereka berkisarkan kisah sedih Arifah bukan lagi kisah indah di pagi syawal ataupun bebicara soal anak Elina iaitu Adli. Air mata mereka saling membasahi pipi dan berhenti apabila Adli terjaga dari tidur selepas mendengar azan asar.

Beberapa ketika kemudian, Adli kembali lena dan Arifah meminta diri untuk pulang. Sebelum Arifah berlalu pergi dia sempat menjamah cicipan yang disediakan oleh emak Elina. Selesai cicipan, mereka berdua kembali ke tempat Adli untuk berswafoto menggunakan telefon pintar Arifah. Sebelum Arifah berlalu, Elina sempat meminta kawan baiknya itu untuk kongsi gambar swafoto mereka tadi melalui Whatsapp. Sejurus selepas Arifah hilang dari pandangan, Elina segera mencapai telefon pintar berjenama Apple Iphone X yang sedang dicas untuk melihat gambar mereka bertiga tadi.

Selepas meneliti berberapa gambar tersebut, Elina terus memuat naik gambar mereka bertiga di Instagram dengan kapsyen “There’s so many things that life is, and no matter how many breakthroughs, trials will exist and we’re going to get through it. Just be strong.” – Mary J. Blige. Gambar itu juga merupakan gambar pertama anaknya Adli yang dikongsi Elina selepas bersalin. Elina sempat tatal beberapa gambar ootd hari raya oleh rakan-rakannya di Instagram sebelum lena bersama anaknya.

Syawal pertama diakhiri dengan suka dan duka.

Tepat jam 8.00 pagi syawal kedua, Elina dikejutkan dari tidur dengan rengekkan manja anaknya yang mahukan susu. Dengan segera Elina memberikan susu badan kepada anaknya itu sambil mencapai telefonnya seterusnya membuka aplikasi Twitter. Tweet yang dihantar oleh Elina pada pagi tersebut ialah Calon Suami Yang Patut Dijauhi. 1) Perokok Tegar 2) Panas Baran 3) Kaki Lepak.

Selesai melontar tweet tersebut dan anaknya kembali lena, Elina terus bangkit dari tilamnya untuk mandi dan sarapan. Suaminya yang telah pun selesai segala urusan pagi tersebut kembali ke bilik tidur mereka untuk melihat anaknya Adli yang sedang lena tadi sementara Elina mengurus diri dan sarapan. Sambil Azlan baring disebelah anaknya, dia mencapai telefon isterinya dan berswafoto bersama anaknya yang sedang tidur. Seterusnya dia membuka galeri untuk melihat gambar-gambar tersebut dan tatal ke kiri beberapa kali sehinggalah dia dapat melihat gambar swafoto bersama yang dihantar oleh Arifah semalam. Dalam gambar tersebut Arifah dan Elina tidaklah nampak terlalu bergembira sepertimana meriahnya hari raya sepatutnya diraikan.

Isterinya kembali dari bilik air sementara Azlan masih lagi bersama dengan telefon Elina. Setelah selesai isterinya pakai baju raya kedua iaitu kain batik dan blouse berbutang penuh. Azlan menemani isterinya ke meja dapur untuk sarapan pagi. Pagi itu Azlan menyediakan satay istemewa untuk orang pantang, di makan bersama nasi impit tanpa kuah kacang. Elina tersenyum bangga melihat kegigihan suaminya sanggup menyediakan satay istimewa bagi memastikan syawal pertama mereka tetap dirasai oleh Elina bukan semata-mata dengan makan makanan orang berpantang.

Azlan memberitahu isterinya dia ingin pulang ke kampungnya seketika bagi meraikan syawal di sana dan berjanji akan pulang sebelum asar. Kebiasaannya syawal kedua di rumah Azlan lebih meriah kerana keluarga sentiasa buat rumah terbuka pada hari tersebut. Azlan bergerak pada jam 10.00 pagi ke kampungnya yang mengambil masa 1 jam perjalanan dari kampung Elina.

Sebaik tiba di kampungnya, Azlan terus melayan saudaranya yang telah memenuhi segenap ruang tamu di rumahnya dan lengang kira-kira jam 2.00 petang. Belum sempat Azlan untuk melabuhkan badannya, terdengar panggilan salam dari luar rumah ibubapanya dengan gaya bahasa dan gaya bunyi yang selalu digunakan semasa Azlan dan kawan-kawannya kecil dahulu.

“Aaaasalaaamualaiikummmmm, kami datang nak rayaaaa” – jerit kawan-kawan Azlan dari luar rumah.

Azlan terus ke pintu utama untuk menjemput kawan-kawannya masuk. 4 orang kawan sejak kecil itu datang dengan sebuah kereta masuk ke dalam rumah membuntuti Azlan yang telah berada dalam rumah untuk ke meja makan ruang tamu. Sepertimana Elina dan Arifah, perbualan mereka dimulakan dengan kisah hidup Azlan yang kini sudah menjadi bapa. Antara mereka berlima, hanya Azlan yang telah mendirikan rumah tangga dan dalam masa yang sama telah menimang cahaya mata.

Fariq yang boleh digelar instafamous, tweetfamous antara mereka dek kerana kekacakkannya yang waktu itu tengah tatal aplikasi Twitter telah nampak tweet isteri Azlan yang dihantar pada sebelah pagi tadi. Dengan spontan Fariq membaca tweet tersebut di meja makan dengan semua orang dengar dengan teliti tanpa menyatakan siapa orang yang menghantar tweet tersebut.

“Weh-weh, dengar ni untuk yang bujang”
“Calon Suami Yang Patut Dijauhi. 1) Perokok Tegar 2) Panas Baran 3) Kaki Lepak.”

Selesai Fariq membaca tweet tersebut, Azlan terus menyampuk dengan bertanyakan siapa yang hantar tweet tersebut.

“Isteri kau laa” – kata Fariq dengan nada yang membawa kepada ketawa oleh kawan Azlan yang lain.

Raut wajah Azlan terus berubah, tweet tersebut sekali baca dan faham pasti menunjukkan isteri Azlan iaitu Elina seperti mengambil contoh pada Azlan itu sendiri. Memang benar Azlan perokok, tapi Azlan merokok bila pandu kereta untuk perjalanan jauh sahaja. Memang benar Azlan baran, tapi baran Azlan hanya keluar apabila melihat sesuatu yang sangat tidak wajar. Memang benar Azlan suka melepak, tapi Azlan hanya melepak untuk bermain futsal selepas itu dia terus pulang ke rumah.

Suasana di meja makan kembali tenang apabila bapa Azlan datang ke meja makan dan bersalaman dengan kawan-kawannya. Tweet yang dibaca oleh Fariq tadi sudah dilupakan oleh kawan-kawan Azlan tapi tidak bagi Azlan. Selepas 30 minit, kawan-kawan Azlan pun meminta diri untuk beraya ke rumah Athirah iaitu gadis paling diminati ramai di zaman persekolahan mereka dahulu. Walaupun cantik tapi masih belum berkahwin mungkin lelaki takut untuk mendekatinya kerana dia anak orang kaya sudah pasti maintenancenya pun tinggi.

Jiwa Azlan terus bergelora sepanjang masa walaupun kawan-kawannya telah berlalu pergi. Azlan terus pergi ke kereta untuk mengambil telefonnya yang masih lagi berada dalam keretanya kerana terlupa untuk membawa bersama ketika naik ke rumah pada sebelah pagi tadi. Dia terus membuka aplikasi Twitter dan mencari profil isterinya dan screenshot tweet yang benar-benar membakar jiwanya. Dia terus majukan screenshot tersebut kepada isterinya melalui aplikasi Whatsapp, bersambung dengan kata-kata nista.

“Woi, ko apehal”
“Aku tahu laa aku hisap rokok, aku baran, aku suka lepak”
“Apehal kau nak tweet macam tu, kalau kau nak laki macam tu, kau cari laki lain”
“Aku ceraikan kau !”

Mesej tersebut terus di baca oleh Elina yang kebetulan masa itu tengah berhubung dengan Arifah melalui aplikasi yang sama. Elina terkedu dan meroyan. Tanpa berfikir panjang Elina terus ke dapur mengambil pisau jenama Vivo yang Fazley Yaakob menjadi dutanya. Pisau itu dihadiah oleh Azlan kepada ibu mertuanya dan dibeli oleh hasil usaha gigih Azlan kumpul pelekat Aeon. Elina terus mengelar pergelangan tangannya dan terus menjerit. Ibu bapa dan adik beradiknya yang berada di ruang tamu menonton cerita Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya terus bergegas lari ke ruang dapur dan melihat Elina terbaring dengan berlumuran darah di pergelangan tangan.

Ayah Elina dan adik-beradiknya yang semuanya belum berkahwin terus memapah Elina ke kereta ayahnya untuk dibawa ke hospital sementara ibunya menjaga Adli di rumah. Belum sempat tiba di hospital kereta mereka bertembung dengan sebuah lori treler, yang mana ke semua mereka meninggal ditempat kejadian.

Ibu Elina yang mendapat perkhabaran berkenaan kemalangan tersebut terus menghubungi Azlan. Azlan yang mendapat tahu Elina yang mengelar tangannya dan meninggal disebabkan kemalangan terus dihurung dengan rasa bersalah. Azlan terus mencapai tali ikat lembu berwarna hijau dalam setor rumahnya, Dia menggantungkan dirinya di dalam setor tersebut hingga mati.

Sekian. Tamat.

KAHKAHKAH !

–

Pengajaran :

Will update soon.

Filed Under: Personal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *