Assalamualaikum…

First of all, aku nak mintak maaf dan aku tahu entri ini mungkin membawa aku ke lembah di mana aku akan mendapat haters. Tapi itu semua aku tak kisahlah, aku dalam dunia blogging aku pegang pada prinsip ni “blogging is not only you talk about love, but its more matured if you can talk about global” Yeah ! Hari ini aku nak troll beberapa point kenapa blogger dibenci sesama bloggers. Kalau bloggers politik tu belakang kira, mereka jenis sembang kencang, tapi penakut nak tunjuk muka, hanya beberapa jer yang berani. Takut kerana ISA laa katakan.

Blogger Famous SyialSumber gambar : SINI

Entri ni bukan soal cara penulisan yang ingin aku ketengahkan tapi soal sikap seseorang blogger itu sendiri dari segi dia melayan bloggers lain. Pada yang jadi lembu di sebalik sesetengah blogger sure akan sokong idola mereka. Idola lah katakan. Idola aku Ayeem Ayam. (fake idol).  Idola korang siapa ? share kat komen kenapa kaw jadikan dia idola kaw, kalau sebab-sebab kaw menarik nanti aku bagi trafik. (kalau kaw buat betul-betul kaw memang gilerk trafik) :)

1) Terlalu Bangga Dengan Pencapaian Peribadi.

Pencapaian yang aku maksudkan di sini ialah pencapaian syok sendiri ! Berbangga dengan trafik beribu-beribu, berbangga dengan followers berpuluh-puluh ribu dan sebagainya. Dia menganggap dengan trafik ataupun followers tu adalah bukti kejayaan sesuatu blog ? Oh! Tidak sama sekali. Itu semua kaw yang berimaginasi sendiri, walhal kaw tidaklah sehebat mana pun.

2) Merosakkan newbie.

Kaw tahu apa maksud merosakkan newbie ? Iaitu mengajar newbie etika blogging yang songsang. Kaw tidak mengajar newbie cara-cara blogging yang betul tapi yang kaw ajar hanyalah nak mencari trafik sesama blogger semata-mata sebab kaw bukanlah seorang blogger yang hebat. Tol tak ? Blogger newbie tak sedar hakikat ni, tapi bloggers yang dah lama dan tahu etika berblogging siesly faham sangat akan hakikat ni. (aku baru 3 bulan blogging, tengok header)

3) Menjadikan blog sebagai medium menyindir blogger.

Hurmm, kenapa aku rasa aku tengah buat perkara ni ? Ah, lantak laa. Maksud aku kat sini, kaw rasa kaw sangat banyak pengikut, sekali ditarik hidung mereka, semua akan sokong kaw. Wait, ko jangan perasan sangatlah, yang ikut kaw tu adalah mereka yang tak kenal dunia blogosphere lagi. Suatu hari nanti bila mereka sedar hakikat etika, hormat menghormati, persahabatan sesama bloggers, mereka takkan lagi di’lembu’kan walaupun kerana kaw mereka up.

4) Makan sorang-sorang udang disebalik mee tomyam.

Sedap woo ! serius sedap. Aku tertarik dengan soal bloggers saling membantu sesama bloggers. Trafik 2 hala lah dan sebagainya. Dengar sini baik, aku nak bold point aku, kalau kaw rasa kaw nak tolong newbie sangat. Kaw ada fanpage yang likernya beribu-ribu, kenapa kaw tidak promote entri newbie yang kaw nak tolong tuh kat situ. Why ? Sebab kaw makan sorang-sorang. Oh yer, realiti kot kaw hanya melihat pada bloggers yang cun dan hemsem saja ? Kaw gay or lebians ? Sedarlah wahai bloggers.

p/s : baru 4 point, ada banyak lagi nih, kalau rasa dah panas, teruskan pembacaan. LOL 8)

The best thing of surfing net is you will bump into things you never thought of. Source here.

5) Lupa asal usul macam mana boleh berada di atas.

Dulu mungkin kaw boleh cakap, kaw blogging sebab minat, but act kaw takderlah menunjukkan minat sangat pun. Trafik semata-mata, haram ! Blogging is about sharing something yang berguna. Walaupun blog kaw super peribadi seperti Cik Epal tapi apa yang dia share adalah berguna iaitu mengajar pembacanya untuk makan, yes makan. haha. Cik Epal menunjuk tempat-tempat makan menarik yang tak pernah masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan. Terlebih cakap pasal Cik Epal laa pulak ! adeh. Ke perenggan baru untuk ulasan point k . :)

Siapa yang up kan kaw ? kaw ingat bila kaw dah di atas sorang taukey lembu tu jerk yang upkan kaw ? Kaw silap, dia tak boleh bagi kaw trafik/earning kat kaw selamanya, yang selamanya akan mengekalkan kaw untuk sentiasa di atas adalah rakan-rakan bloggers serta orang-orang biasa yang bukan blogger. Kalau sifat kaw yang kaw terjemahkan untuk bloggers semata-mata(jadi gilerk trafic), sampai bila pun kaw takkan jadi Bloggers Of The Year. Jangan lupa diri bila di atas, orang yang bertanya kaw baik-baik kaw campakkan. Btaw, baca entri Mamat ni, “Blogger Famous Langsung Tidak Boleh Di Tegur Apa Pendapat Blogger?

6) Mengaku sebagai seorang blogger tapi cara etika tidak seperti seorang blogger.

Aku ada etika berblogging ke tidak yer ? LOL. Aku pun tahu nak jelas camna point ni. kahkahkah! Simple understanding laa aku explain, apa kaw buat adalah semata-mata untuk diri sendiri kaw sahaja. Kaw dapat untung kaw saja kaut makan sorang. Cuba gak try jadi macam founder 2dayblogger, selalu jer nampak dia jadi sponsor contest dan buat contest. Nak harapkan kaw, masa sibuk duk kejarkan trafik ! Justkhai, walau sesibuk mana pun dia sebagai founder Oh! Media Netwrok, aku tengok komen-komen bernas di blog dia, dia reply jerk. Ni laa contoh blogger beretika, hargai komen pembaca. Alah, kaw cakap kaw baca semua komen tapi bila orang tanya dalam komen, ada kaw jawab ? Ada ?

Tiada masa nak reply komen tapi buat entri berpuluh-puluh sehari sempat pulak. Hampeh tol, jangan jadi pemalas dowh. Sedarlah bloggers, create your identiti, naik dengan usaha sendiri. Ada satu hari tu, bloggers main spam untuk jadi seorang yang gila followers di Group Sahabat Bloggers, aku tegurlah tak payahlah nak dikejarkan sangat follower dengan spaming nih. Pastu dia tanya aku balik camne nak tingkatkan follower, aku pun cakap laa, blogwalking ! Usaha tangga kejayaan, kalau pilih jalan mudah ikut taukey lembu, nasib baik kalau dapat jadi lembu pilihan, untunglah, kalau tak dapat. Sedeyh bak kata Jai KL Gangster. :)

Sabda Nabi Tentang Hakikat Sombong

7) Kaki pertikai orang  No. 1.

Dah nak pecah kepala aku pikir. haha. Cam blog sipulan bin sipulan berkisarkan kisah cinta dier dengan pasangannya, cintan cintun giler vavi. Then kaw pertikai, apa punya bloggers laa nak cerita pasal boipreng/gefreng memanjang. Wei, kaw tahu tak skop blogging ni luas, tak kisah laa orang tu nak taruk apa pun kat blog dier, nak tempek muka dia banyak-banyak ke, nak dedah aurat ke, orang tu yang tanggung, yang kaw duk pertikai sangat hasil tangan orang lain apa pasal ? Dunia blogging ni kaw punyer ke ?

8 ) Bersara bila di atas sangat cool !

Perghh.. Meresap aku dengar ayat ni dari seorang bloggers yang kini dah bersara, walaupun kaw dah bersara semasa berada di atas. Kaw tidaklah sehebat Tun Dr. Mahathir yang memberi sesuatu kebaikan kepada rakyat. Kaw cumalah naik kerana keinginan nafsu dan cerita-cerita panas mempertikai bloggers lain.

.

Ok itu saja dari aku ! Kalau ada pape sila tambah diruangan komen. Aku agak was-was nak tekan publish entri sebab aku berisiko nak dapat haters yang berduyung.haha. Tapi niat aku satu, aku nak newbie sedar sama ada nak berjaya dengan sekejap atau selamanya. Contoh blog Zack Zukhairi, kenapa dia tiada haters ? sebab dalam blog dia, dia tak pernah bercakap pasal blogger lain. Semakin banyak kaw buat entri tujukan untuk blogger tertentu makin bertambah haters kaw dan aku percaya blog Zack Zukhairi akan hidup selamanya.

Kat bawah ni ada 2 nasihat kalau korang atau aku sendiri ingin berjaya dalam dunia blog.

i)  If you want to blog, blog in your way and constantly update them with contents and don’t leave them alone and unattended.

ii)  If there is negative feedbacks or comments who hates your blog, just ignore them and keep going.

source : here.

Aku rasa, aku sangat sukakan entri ni ! hoho. Komen laa sebaris dua, menunjukkan pembaca blog ni manusia bukannya hantu yang ghaib lagi tak boleh manaip :) Siapa aku baca SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

72 Responses to 8 Sebab Kenapa Blogger Dibenci Sesama Bloggers

  1. blog aku traffic low , follower tarak

    haters sesama blogger tu standard , lumrah kehidupan laa kalau ada pro dan kontra
    kalau nak bercakap pada umum , aku tak rasa entry nie umum pom , macam tuju dekat someone jer ?

    patot tambah lagi satu , blogger kejar publisiti ~

    p/s
    setakat haters , aku tetap terima mereka sebagai ‘KAWAN’ tapi diorang jer tak terima aku , wakakaka , sedeyhhhh
    Mas Ahmad Safwan recently posted..ISU HOT | WOW , Panjang BETUL !!!!! APA BENDA TU ?

    • Syafiq Salim says:

      yang hang p cite trafik low bt per… adeh…

      mas, aku tny ko lah ? daripada lebih 60k likers fanpage zack zukhairi ade tak yang hater kat dier ? even orang biasa pun layan beb… sebab apa, dia tak pernah sombong… dia tak pernah nak ambik kesah pasal org lain…

      aku bt entri ni aku just nak bg newbie sedar supaya create identiti sendiri, berjaya dgn usaha sndiri… bukan berusaha mengharap pertolongan org lain… :)
      Dari sekolah lagi cikgu ajar, usaha tangga kejayaan, jgn meniru…

      Btaw, elakkan isu panas… derm bahaya… LOL
      Syafiq Salim recently posted..Koleksi Gambar MAX 24:7 Yang Awesome !

  2. luna qiszara says:

    setuju gler ngan entry ni.. dulu kan sy tak pernah terfikir soal semua ni..tapi bila dah lama blogging.. mula ada rasa tak kena dengan certain2 keadaan.. paham2 je la kan.. takkan la sy yg bukan siapa2 ni nak menegur.. siapa la yang nk dgr nnti kan..hehe

    suka point no 7 tu.. sebab sy jenis yg suka baca blog pasal kisah2 cinta ni..hehe.. bukan apa, walaupun diorang cerita kisah peribadi, tapi banyak yg kita boleh belajar dari situ.. blogging ni ada macam2 cara.. ada orang komplen yang blogging ni kena tulis info memanjang.. boring kot macam tu.. kepelbagaian dalam dunia blog tu lah yang buat blogging jadi best..
    luna qiszara recently posted..Nak cari lelaki teruna zaman sekarang ni bukannya senang…

    • Syafiq Salim says:

      kalau iyer pun nak stuju, tak payah laa sampai nak jadi giler…hahaha…
      setuju dgn statement ni “takkan la sy yg bukan siapa2 ni nak menegur”
      sekali kita tgur orang yg lebih dewasa dalam dunia blogging, trus mereka hemtam…
      tapi ada yang baik… itu semua bergantung sikap dan peribadi seseorang…

      kalau dah jenis cakap di blog lain, tpi hakikat lain… fail gak peribadi org tu kn ?

      blogging adalah satu hobi yg menarik dan kita leyh dpt ramai kawan yang pelbagai ragam, kita sendri jaga diri kita… jgn sakiti kawan… kita akan bhgia,
      kalau kawan bt pasal, selagi leyh sabar, sabar laa…
      kalau tak, lepaskan ajer…. muahahah 8)
      Syafiq Salim recently posted..Perkara Yang Buat Lelaki Nampak Seperti Gay

  3. Firdaus says:

    Entri ni memang bagus… macam mas ahmad safwan kate, trafik die low, maka trafik aku pun low gak :( tibe2 je.. he he aku pun malas nak ambil peduli pasal hal macam ni. Jadi aku buat keje aku sendiri dan pedulikan hal blog aku je. Anyway peringatan yang ko bg dalam entri ni sangat berguna. Semoga aku tak jadi seperti 8 perkara dalam entri ni… salam kenal daripada blog Firdaus Life :)
    Firdaus recently posted..Saya Tak Sengaja Jatuh Cinta

  4. locker says:

    oh…baru faham…heheheh
    locker recently posted..aku pun haters mas ahmad safwan jugak !

  5. Ben Mantop! says:

    wah! mantop!!
    Ben Mantop! recently posted..SEGMEN : KAMI BLOGGER PRIHATIN !

  6. Affan Ruslan says:

    aku tak faham point no 8. Camne tu?
    Kiranya dah femes, pastu bersara. Camtu ke?
    Kalau camtu apa signifikasinya?
    Affan Ruslan recently posted..Kartun Comel: Renungan Ramadhan {Bahagian 3}

  7. oh my~ bagusnye entry ni.. patut di ambil isinya sebagai general yea? aku baca ni dan aku letakkan benda ni dalam diri aku..

    memang agak mengingatkan siapa diri aku.. tq syafiq nicee~

  8. wahhhhhh~ dah pink da blog ni~ :D

    ok ok..nak komen entri pulak.. part no 7 tu, area cintan cintun jiwang ke ape, saya tak nak amek port… tapi ayat “nak dedah aurat ke, orang tu yang tanggung, yang kaw duk pertikai sangat hasil tangan orang lain apa pasal ? Dunia blogging ni kaw punyer ke ?” ni kurang setuju sikit…

    tak salah kan kalau kita menegur sesama Islam… tapi dengan hikmah… :)
    sunah suka sakura recently posted..Cici : Model Helmet La Pulakkk…

    • Syafiq Salim says:

      cik sunah… merujuk

      ““nak dedah aurat ke, orang tu yang tanggung, yang kaw duk pertikai sangat hasil tangan orang lain apa pasal ? Dunia blogging ni kaw punyer ke ?”

      maksud sy di sini adalah, kita sebagai manusia ada akal dan fikiran..
      kalau seorang blogger tu islam lagi waras, xkan dia tak tahu mana auratnya ?
      kita islam juga nak berdakwah padanya, camtu ?
      hidayah itu milik Allah, baik buruk seorang dier dgn Allah,
      keputusan di tangan dia untuk berubah…

      kalau kita bt entri pertikai pada seorang blogger bt entri dedah aurat, kita memalukannya,
      then orang lain pun akan tengok.. orang tgk pun dapat dosa rasanya..

      kalau bt entri berbau emosi seperti… cam hemtam hbes2 pertikai org bukak aurat kat blog… pun xguna gak, dakwah tak berhikmah namanya tuh…

      Private msj is better, bt entri pertikai org bukak aurat tanpa tunjuk selingan hadis @ ayat al quran aku rasa tak dapat menyedarkan pun.. malahan org tu akan bertambah marah…

      ayat klasik “kubur lain2″

      berdakwahlah dgn hikmah, dekati diri orang tu bukannya dekati bloggers utk trafik.. LOL

      bace entri stick dgn komen ni k….
      Syafiq Salim recently posted..Ini Kisahku | Hidayah Itu Milik Allah

  9. Ayeem Ayam says:

    woi pahal fake idol tu? fakof! haha
    Ayeem Ayam recently posted..Tafsir Allah

  10. Nombor 1 sampai 6. Memang sangat sangat realiti.

    Selalu jadi kat blogger blogger yang “naik tinggi” kat atas dalam dunia blogging. Tapi dorang lupa banyak benda. Sangat sangat banyak.

    Aku sakit hati dengan blogger blogger jenis macam tu. Especially kalau dorang stock yang Nombor 2 gabung dengan nombor 4. SANGAT SANGAT SAKIT HATI. Dorang dah naik tinggi,tapi dorang banyak sebarkan pengaruh bukan bukan kat blogger newbie. Hasil? Ramai kat bawah bawah ni kena effect teruk. Truly,sangat teruk.

    Pasal tu nampak budak budak muda gila kejar follower,gila itu,gila ini. Dorang jadi malas nak usaha dalam blogging. Hasil? Muncul lah blog blog yang entah apa apa,tak ada manfaat dari segi Ilmu,info,fun atau apa. Cuma sekadar meaningless semata mata.

    Tak ada makna. Yang tau,follower,traffik. Tu je.

    Yang lain lain tu sampingan je aku rasa. Kau dah cakap pun cukup jelas. Mana mana blogger macam tu pun kan? Hahaa. So far aku tengok. :D
    Kucing Serius recently posted..Sayangku.

  11. aizuddin says:

    ko macam nak kutuk aku je ni..agak2 la sikit..haha
    aizuddin recently posted..150 Invitation Untuk Join Google +

  12. nana says:

    erm……no komen..eh boleh ke cm tuh?? hehe… entry mcm tuju kat someone jerk hehe ;)
    nana recently posted..Tol tol tol

    • Syafiq Salim says:

      tuju ape kebende cik adik oii….
      ni tuju kat semua bloggers, bukan kat someone…

      tgk point ke tiga
      “3) Menjadikan blog sebagai medium menyindir blogger.”

      xpayah nk sindir2… ni umum tntg dunia blogosphere pada pemerhatian aku laa… bukan dari pendapat blogger lain… nak accept nk tentang, terpulang..
      Syafiq Salim recently posted..Koleksi Gambar MAX 24:7 Yang Awesome !

  13. cart kartika says:

    setuju… jangan jadikan blog sbg laman nk kutuk mengutuk..
    just enjoy the best thing on your own! ^^
    cart kartika recently posted..JUM JOIN CONTEST : ‘Saya Gadis Bertudung…’

  14. azrijohan says:

    Muahahahaaha….nih memang kering lah siot
    dulu aku pernah terpikir nak sedarkan mereka lepas aku sendiri terbuka mata..dan mampu fikir dengan waras

    tapi aku tak cukup berani cam kau lah. Memang tarak goyang ka lutut tu? nanti esok lusa mana-mana lembu pilihan mai dan bagi cium sikit…hahaha,naya wehhh.

    tapi apa boleh buat..kalau kau mention terus kan senang! Hahahaha…trafik haram free kau dapat wehhh..google je musti naik ahh entri ni

    opsss,lupa…ni entri umum.mane ade point kat sape-sape kan? Hehehehe…smart la entri ni

    Aku dah banyak da baca pasal pendedahan blogger lama pasal bende alah ni tapi errr…entah laa. Masing-masing ada otak,sendiri pikir laaaa…

    Haters? ohhh,aku tiada haters sebab aku newbie dan tak cukup top lagi…SEDEYYYHHHHHHH !!!

    jom jadi kawan bukan lawan —> http://azrijohan.blogspot.com/

    • Syafiq Salim says:

      siot jerk komen !
      cam harem….

      mention terus kan senang ! wtf is that haa…LOL

      trafik ? buat masa ni aku tak terhegeh2 lagi…
      setahun aku berblogging aku nak cari kawan dan cari cara berblogging dgn btul…
      cara dpt trafik dgn btul… create my identiti with own ideas… skrg bru 3 bulan berblogging…

      hopefully haters tak datang cium aku… aku minat mencurahkan idea…
      blog laa tempat aku curahkan idea…. aku dah lame weyh jdi silent readers ko…

      aku jnis bace blog tapi tak komen sebab aku takut tersalah cakap… :)

      thanks sudi komen panjang2…

      aku ternanti2 komen yg mengutuk entri nih kaw2… v(^_^)
      Syafiq Salim recently posted..Koleksi Gambar MAX 24:7 Yang Awesome !

  15. SS says:

    komen tanda dah baca, ye dak?
    SS recently posted..MyNewsHub | Media Alternatif Untuk Semua {Sticky Post}

  16. golden rose says:

    lebih senang menggunaan blog sebagai penyampai ilmu..

    http://thegoldenrosereturn.blogspot.com/
    golden rose recently posted..Life is everything

  17. hidayatMY says:

    WOW..

    wonderpet..wonderpet kami datang.
    apa yang penting ? KERJASAMA.

    ni sape blogger femes lupa diri ini..
    bagitaw la kepadaku yang sesungguhnya tidak tahu menahu tentang dunia blogger yang penuh pancaroba ini.
    geli ai tau tak..
    kah kah kah

    aku pun newbie juga.
    tapi xdela terpengaruh dengan blogger femes maupun “hebat”
    idola wa mariah carey tauuuu..akakakakaka

    semua ni bergantung kepada cara pembawakkan diri seorang blogger tu la..
    tak kira otai ke newbie semua sama je.
    tulis ikut perasaan..pikir ikut nafsu..
    gaul2 tu semua jadila blog.

    kalau perasaan tu busuk..nafsu pun busuk.
    maka jadila blog taik.
    boleh?

    akakaka.
    wa pun newbie..
    baru 2 bulan
    wa suka tgk wonderpet n katun upin ipin..akakakka
    wa berblog untuk suka suki cuti 4 bulan.
    n skang wa terdetik untuk bersara..
    cool tak..
    akakakakakakakaa
    pingsan*
    hidayatMY recently posted..Misconception Orang Kita terhadap Haiwan

  18. Blog Pink says:

    Setuju2..pernah kena dengan satu blog tu terus tak suka dia..bukan sebab dia dah superb pandai dalam bidang IT tp BUDI BAHASA AGAK KURANG DISITU…mungkin dia bajet dia ramai follower dn hebat dlm IT….sampai sekarang memang tak suka dengan dia…
    Blog Pink recently posted..Salah ke bila perempuan Single

  19. afendi says:

    aku newbie gak..hehe..
    pada aku..its personal..kalau ko blogging pasal personal doest matter..it’s your blog..
    tapi aku cukup pantang blogger burukkan blogger..memalukan je..jangan jadikan blogging ruang bergadoh..memalukan je..

    satu je pesan aku..

    once u publish thing on internet..it keep there..so mind your on word
    afendi recently posted..Peristiwa 22 Ramadhan

  20. nanti aku mau delete entri blog dari domain lama.. yang aku rasa boleh sakitkan hati orang lain.. so, jadikan satu niche ja.. Security… dulu ada gak mengata kat blogger lain.. x mau dah.. cek dah insap lama dah.. tapi x terdelete lagi..
    Ahmad Fikrizaman recently posted..Review Cloudflare: Satu Alternatif Sekuriti Blog

  21. woot woot says:

    i dont even know what blogging is all about..what i know is aku tidak sampaikan fitnah,tidak sampaikan bnde2 lucah,tidak memaparkan gambar aksi2 porno dalam blog,share bnde2 islamik yang boleh tingkatkan kesedaran orang..dats it

    blogging for money ? tak salah pon..tak berdosa..tapi tgok cara perlaksanaan die..

    bukan semua orang menulis sebab minat..

    aku kat blog memang jenis tak reply komen..bukan sebab sombong ke ape ke..mmg aku ni jenis tak reti nak balas komen ape..ape yang aku tahu,itu la aku tulis dalam post..dats why aku tak pernah rungut kat public if blog aku less comment..

    aku jenis dari aku balas skit2 baik aku x balas teros..

    so janganla komen kat blog aku.hahaha..

    khai is khai..tak sempat jadi orang lain,life’s short tuk jadi orang lain ^^

    • Syafiq Salim says:

      life is too short tuk jdi orang lain.. nice bro !!
      leyh wat tajuk entri ni…tp susah nk olah…haha :)

      depand jugak laa bab reply komen ni,
      kalau yg jenis share sesuatu lain, kalau jenis taip guna idea sendri…

      contoh : aku taip pasal arkitel perempuan cantik gilakan harta adalah fakta…
      pastu ada komen yg pertikai dan sebagainya, aku sbgi yg menulis artikel tu kena lah perjelaskan lebih detail sekiranya di entri kita mereka tak fham…

      tpi kita sbgi bloggers, reply komen lah yg akan mnunjukkan kita berterima kasih kepada readers kita, selain kita bt giveaway utk readers…. stuju ?? hehe 8)
      Syafiq Salim recently posted..Bloggers Gila Follower LOL

  22. AmenoWorld says:

    blog ko neh tulisan dia terpotong beb. che semak

  23. azman says:

    Apa yang Syafiq luahkan ni sebenarnya aku dah pernah alami,masa mula2 menulis blog(newbie)..mmmg jadi lembu,ikut jer kata blogger otai tu….ambil tips blogging dari dia yang hampeh tu..ikut/follow bagai nak rak,seolah-olah dia dewa blogger hehehhe yg ada kat Malaysia ni…sehari dia update blog 5/6 kali..tapi tajuk jer gempak…bila baca entri hampes..

    Hari2 komen kat blog dia…tapi dia tak pernah sekali pun singgah jengok blog aku tu…bila aku ada experience sikit..baru aku tahu dia mmg kejar trafik sebab nak kan BE dari Nuffnang huhuuhu…tapi takperlah ambik pengalaman org kata… :)
    azman recently posted..Rebut iklan percuma azmanisma{dot}com

  24. Fikri Adhiey says:

    Haha…..100% aku setuju giler dengan entry ni, bab sombong dan perli tu aku paling sokong…..haha, aku rasa kan ko ni mcm ckp kat Obefiend jer….hehe. jgn mrh

  25. MissViVio says:

    pergh..bru pasan suma 2..sbb blogger dibenci. erm..info yg sgt bernas! utk sya yg bru dlm dnia blog ni. :) create our own identity. :)

  26. Sengalman says:

    Aku suka entri ko !! :)
    Sengalman recently posted..Wordless Wednesday #4 : Berapa Lama Lagi Cinta?

  27. ujang9897 says:

    mcm mana dkt sini ramai kata setuju dgn sana ramai kata setuju..,

    etika blog sebenar ada ek..?? derm aku baru tau…

    penyelesaian utk aman dunia blog apa ek..,?? biasanya haters akan masuk blog seseorang utk carik benda negetif utk jadikan bahan entri..tapi benda yg elok tidak dipuji…=) umumnya ramai manusia mcm tu…=)

    lumrah blogger suka carik negetif dari cari penyelesaian..=)
    ujang9897 recently posted..Fak….!!! versi 4

    • Syafiq Salim says:

      “mcm mana dkt sini ramai kata setuju dgn sana ramai kata setuju..,”
      apo ni jang ? xpahe deh ayat kaw… muahaha :)

      act bukanlah etika brblogging, we part of writer…
      so, etika yg aku mksudkan ialah etika jounalist,
      sebagai penulis, artikel, jurnal dll

      mungkin next entri aku bt entri pasal etike kita sebgai pemberi informasi 8)
      Syafiq Salim recently posted..Duit Raya Sebelum Raya

      • ujang9897 says:

        kenapa ramai lalang.., maksud aku org sini buat entri dia ckp betul, orang sana buat entri pun dia ckp betul…

        lagi pelik yg suka kritik biasanya blog dia pun tak berapa dh berhasil lagi tp dah pertikaikan dunia blog..

        aku tgk blogger yg blognya lebih berhasil tak pernah pun buat entri pasal mengutuk blogger..(”,)

        http://azfar9897.blogspot.com/2011/08/jerung-garang.html
        ujang9897 recently posted..Jerung Garang

          • Syafiq Salim says:

            sebab mereka tak suka melihat org lain berjaya…
            manusia biasa, penuh dgn hasad dengki,
            contoh terbaik zack zukhari, tak pernah bicara dunia blog, no haters even ones aku rase :)

            siapa yg selalu bercakap pasal blog meant apa yang berlaku or cite2 panas or isu semasa di dunia blog malaysia, pasti dier akan dapat ramai haters, coz org camtu merasa dirinya terlalu sempurna utk berbicara melampau2 ataupun dgn nada sindiran (point no 2).

            ikutlah nasihat kat bwah entri ni, bukan nasihat dri aku tpi dri google yg aku jumpe…

            keep blogging nicely, sbgai blogger aka journalist, sharing info, give the best things yg boleh jdi bekalan kita selepas kita mati not a stupid things that can make us lalai dgn dunia blog semata2…

            Selamat Hari Raya bt yana dan anak kaw, ekeke :)
            Syafiq Salim recently posted..Duit Raya Sebelum Raya

  28. Abby says:

    nak sebut betul 8x untuk 8 sebab itoh.tp ye lar kan…malas menaip.

    terbuka minda setelah berkunjung ke blog ini.Bagus…bagus…

    thanx!~

  29. cik epal says:

    dok sedap sedap baca entri ni. tetiba ada selit nama “cik epal”. tetiba confused. ni kutuk ke perli ni??? hahahahaha btw, nice entry :)
    cik epal recently posted..Jajan kegemaran

  30. amir ibrahim yang hensem lagi kacak bergaya ala2 johnny depp! says:

    kebebasan bersuara maybe? bukan tu ke yang kita nak? do what ever we want to do? say what ever we want to say? hehehe. selamat beribadat~

  31. namee says:

    wey, saya suka lah blog n point yg diketengahkan. sungguh benar! em, sebenarnya blogging ni seronok kalau kita ada 2 way interaction sesama kawan blog kita kan. thats why saya buat game 2 way interaction, tanpa mengharapkan traffic tp lebih kepada kenalan dan kita bertukar pendapat dan boleh critic sesama kita. betul tak? nk harap duit dr blog, itu harus sabar yg penting jangan main tactic kotor guna kan orang untuk capai kehendak kita.

    em, sedih ah x boleh add blog ni kt blog…em blog bagus.
    namee recently posted..Baju Raya Perlu Mahal Gila Ke ? RM899 ?

  32. namee says:

    kalau kau tahu macam mana nak settle masalah aku ni ..masalah yg tak boleh add blog kau kt feeds ni..tolong lah bagitahu. aku nk tahu update kau. selain tu, mungkin aku kena buka blog kau hari2 lah untuk tahu update. blog bagus, rugi oh tak baca..
    namee recently posted..Baju Raya Perlu Mahal Gila Ke ? RM899 ?

  33. azel cak says:

    8 sebab nih memang sungguh2 gua setuju sangat .
    azel cak recently posted..Kalau Tak Gila Follower , Panggil Apa Pulak ?

  34. titan says:

    hoho..terbaik entri ni. aku suka. :)
    titan recently posted..Komisen pertama dari PakarCoklat.com

  35. Kodet says:

    Ko ni minat cik epal ke hape?
    (⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
    `⋎´..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿
    * _Π_____* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ
    /______/~\SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ˚ ✰* ★
    | 田田 |門| ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥
    Dikesempatan ni saya ingin meminta maaf dari ujung rambut hingga ujung kaki jikalau ada b’gurau t’kasar bhasa,t’salah kate,t’marah t’pukul sesape,halalkn mkn minum & slh silap ampun maap diminta..SALAM LEBARAN :D
    Kodet recently posted..5 Goalkeeper Terbaik Malaysia

  36. sayacomel says:

    hehe..mesti ramai orang tak suka nanti..
    sayacomel recently posted..Happy Eid Mubarak 2011 – Selamat Hari Raya!

  37. zack says:

    otai jer boleh tulis post cenggini…. hehehe
    zack recently posted..Gelagat Penunggang Motorsikal Singapura-JB Yang Memualkan

  38. reezluv says:

    bagus gak entri ni..haha..aku amat suka baca…gitu le blogger Malaysia..:D
    reezluv recently posted..Kita Macam Dah Lambat?

  39. mira says:

    x akan asik blogger je kena hentam,hi3 tp org2 yg kutuk2 aku x kena hentam..mcm otto tu,hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge